"Toksin
yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai
jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia...."
Mengikut
konsep dan teori penyembuhan semulajadi, faktor utama yang menyebabkan
organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana
toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu
penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan
oleh toksin tersebut.
Apakah
Toksin?
Toksin
dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah
pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa
seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti
pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil
makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan
dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah
sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan
sebagainya.
Fakta
daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca
penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi
tubuh, apabila seseorang itu sakit, sistem badan akan berusaha untuk
menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang
fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan cuba
disingkirkan oleh sistem pertahanan tubuh badan sebelum toksin-toksin
inimerebak ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya!!
Kesan
Mudarat Toksin Kepada Tubuh ?
Hakikatnya,
pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus
seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein
berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah
kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti
pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan
lain-lain.
Jika
badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan
meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan
diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai
masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh
tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-
Penyakit
Kulit
Penyakit
kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit.
Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti
jerawat, furunkel dan lain-lain.
Tumor
Tumor
berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai
tisu badan.
Demam
Demam
adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila
sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme
semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.
Penyakit
Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin
yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan
darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan
perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan
mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran
tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah
pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan
merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah
tinggi.
Penyakit-penyakit
lain?
Alergi,
Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi
dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara,
Kemerosotan Daya Seksual.
whoa!!
Bahaya rupanya toksin ni yer..?!
Oleh
itu, langkah awal untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan
menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit
dengan ubat sahaja.